12 August 2011

Aku kehilangan

Al-fatihah buat keluarga Wan Nooraziean yang telah kembali ke rahmatullah. Beliau telah pergi selamanya pada jam 9.45 minit pagi hari khamis. Semoga dia diletakkan di tempat orang2 yang beriman. Sesungguhnya setiap pertemuan diakhiri dengan perpisahan. Beliau adalah kawan yang sangat periang dan suka buat kawan-kawannya gembira. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Allah lebih sayangkan dia. Arwah meninggal kerana disyaki menghidap buah pinggang berair.

Kita boleh je mati, jadi bersedialah. Jangan rasa kita muda takkan rasa mati. Arwah pergi seawal umur 15 tahun. Jadi sama-sama lah kita beringat. Pemergiannya memberi peringatam kepada kita semua. Aku bangga kerana arwah terpilih untuk menghadap ilahi dalam bulan ramadhan.

Azie, dini rindu azie sangat2. Azie selalu je usik dini kan. Dini pun selalu usik azie. Kali terakhir kita chatting 2 minggu lepas. Lepastu dah tak bertegur sapa kan. Sorry, azie tahu kan dini takboleh nak online selalu. PMR dah nak dekat. Hm dah lama kita tak bergurau senda kan. Dah lama kita tak text. Masing2 busy.

Tak sangka kan kita kenal dah lebih 3 tahun. Dulu kita rapat, selalu bergurau sama dengan Mika! Dini rindu tu semua. Last post dekat blog azie, azie tulis azie sakit. Ada orang dah suruh makan ubat, tapi kenapa azie taknak makan ubat? Degilkan azie ni. Takpalah, dini redha dengan ketentuan ilahi. Pergi dengan tenang ye.

Mintak tolong sedekahkan al-fatihah dekat arwah. Takziah buat keluarga arwah.

No comments:

Post a Comment