13 December 2011

Risau.


Resdung dah okay, batuk pulak datang menyerang. Cool gila. 

Assalamualaikum, terlintas dalam fikiran keputusan PMR keluar bila. Bukak facebook, terbaca satu status. 22/12/2011 keputusan keluar. Katanyeee. Betul ke idok aku tak pasti tapi yang pasti sekarang lutut aku dah terketaq ni. 

Teringat masa zaman comel-comel dulu, ewah. Masa nak ambil result untuk UPSR, dari depan pagar sekolah sampai nak masuk ke dalam dewan sampai tengah duduk atas kerusi sampai nak ambil result, kaki ketaq non stop. Gila teruk. 

Ehem. Sebenarnya, hari nak ambil result tu lagi takut dari hari nak tempuh peperiksaan besar. Fakta ok. Kehkeh. Haih, macam mana lah keputusan aku tu. Mintak mintak lah guru yang tanda kertas aku tu hati baik tarak keras keras. 

Macam mana lah keputusan Mathematic aku, Science aku, Geo aku, Sejarah aku. Ai semua subjek nak risau takboleh jadi. 

Aku dah usaha, tu penting.


No comments:

Post a Comment