02 December 2011

High high, im so high!

Assalamualaikum manusia. Haritu aku keluar, lepak dengan kawan kawan lama. Bertiga sahaja, wuwuwu best gila. 2 tahun tak jumpa woi, memang lepas rindu tahap dewa. Harith, bila kita nak jumpa ni? Haha tetiba hm.

Ok serius. Al-kisah bermula pada suatu hari, lol taknak aku cerita macam ni. Serius lagi. Hm, tujuan asal nak pergi TAKIPP. Entah apa nama panjang dia aku taktahu, banyak makan semut lately dalam mimpi. Pardon me. TAKIPP tu sebenarnya nursery yang jaga budak kecik yang tomey tomey plus nakal tahap cipan. Gila, aku tipu. Nursery untuk jaga budak budak lah, cukup.

Jadi, haritu jumpa dengan pengasuh pengasuh aku masa aku zaman hingusan. One word, RINDU! Oh my babysitters! Jumpa Mak Lang (bos besar takipp), Kak Ida (pengasuh paling garang), Kak Mas (pengasuh paling baik), Mak Encon (Chef weh, chef!).Ok yang ni agak over. Hew hew. Ramai lagi pengasuh yang dah mengasuh aku masa zaman hingusan dulu, unfortunately ramai dah yang pindah. Kembali sedih

Destinasi kami:

Ofis mama ---> Kedai Ciknab (breakfast) ---> TAKIPP (berapa jam entah lepak tak sedar masa ngeh) ---> Kedai Ciknab (lunch. kami bertiga lepak 2 jam setengah tak silap ahh orang kisah mende berapa jam kau lepak) ---> Air Terjun Frim ---> Padang Frim ---> Balik. Selamat tinggal kawan kuuu *emosi*

Persetan emosi, kembali normal. Ceh. Masa tengah sedap sedap lepak bawah matahari yang sedang menunjukan dirinya yang agak HOT dekat Air Terjun Frim tu, ada pulak sekumpulan dakdak fixie datang dekat meja tempat kitorang lepak. Tetiba pulak ada beberapa orang dakdak fixie tu tanggal baju, nak mandi air terjun agaknya. Tapi kenapa dekat dengan meja kitorang lepak tu u_u

Like seriously bro, meja lain belambak nak jugak letak beg/parking fixie/tanggal baju diorang dekat meja kitorang. Geli mat. Geli mat mat mat. Masa kitorang nak blah tu ada orang tanya nama aku apa. Hi bang, nama saya Mona Fendi. Dalam hati kata macam tu, realiti tak terkata, aduh. Boleh pulak mamat tu menyanyi lagu Cinta Muka Buku, kenapa tak Cinta Muka Bulu je. Seram dengar.

Nah ini gambar aku tepek, entry panjang panjang takda gambar bosan lah pulok.


Dimana kitorang berada, di situlah budak ni juga berada. Saya syak dia tertarik dekat saya *batuk* Ataupun dekat kawan saya. 







Mencari ketenangan katanya, ahaks puih.


Best day evaaaah. Lurf chiu galz.

No comments:

Post a Comment