10 January 2012

Misi tak misi.

Assalamualaikum. Aku rasa aku dah boleh terima kelas aku sekarang. Walaupun masih terasa macam orang asing. Damn, sadis tahu tak. Bersyukur jugak, tak dapat kelas akaun. Kalau tak, menangis setiap malam akan jadi kerja aku semata-mata nak siapkan kerja add math.

Masa cuti panjang dulu kemain nak sekolah nak sekolah. Bila sekolah kata mari, hambek semua muka seposen. Bukan aku. Orang lain. Kau lah tu. Takpa, ianya normal bagi sesetengah budak bila ada orang berfikiran macam tu. Sebab dulu pun dia mesti ada berfikiran macam tu. Jangan nak tipu aku. Eh, faham tak apa aku cakap?

Serius tingkatan 4 bukan tahun honeymoon. Langsung bukan. Nak pengsan aku. Mabuk aku naik form 4 ni. Format semua bertukar. Mentang-mentang dah kira menengah atas. Hm

Oh sang kawan tanya apa misi yang aku selalu sebut dekat twitter. Ehem, tunggu selepas misi tu dah selesai aku bagitahu. Saspen tak saspen tak? Tak? Ok.. Till then, bye readers. Hello new followers! xx

2 comments: