20 February 2012

Hai.

Bukan sengaja nak tinggal blog tak berupdate cenggini. Tsk. Entah sejak dua menjak masalah datang menjengah idea selalu takda. Celaka tak celaka. Jadi bukan salah aku tinggal blog cenggini. Salahkan masalah sebab dia lah idea lari. Masalah betul masalah ni.

Kaki terasa sakit lagi sebab merentas desa haritu. Nak kata aku lari, tak sangat. Aku setakat lari awan nano je. Itu pun dah sakit hak alah. Lembik ah kau dini. *cakap dekat diri sendiri*

Acap kali ya aku dengar ayat ni dekat sekolah:-

"Untunglah ada kawan baru." Ugh kau. STFU. 

Bila aku sorang-sorang dekat sekolah ada ke kau datang dekat aku lepak atau bergossip atau berborak dengan aku? Takda kan? Bila aku dah mula berkawan dengan budak baru tu, kau nak bising bising kata untung lah sana untung lah sini. Untung tahi kuda engkau. 

Bila aku dah ada kawan baru, kau nak kata aku sombong. Siapa sombong sekarang? At least masa rehat ada jugak aku tunggu kau. Ada jugak lah aku tegur kau. Kau mana pernah buat semua tu dulu. So puh-liss, jangan nak kata orang lain sombong kalau diri sendiri tu pun sebenarnya sombong juga. 

Yada yada yada. Post ini berbaur geram. Benci takda. Cuma geram. Geram. Assalamualaikum.


"Lepasni tolong jangan nak persoal kenapa aku berpaling muka dari kau"

No comments:

Post a Comment