30 November 2012

kenyataan

cuti bermula bermakna sesi menternak lemak secara berjemaah pun bermula. berjemaah maksud aku di sini bersama dengan kawan seangkatan. kawan yang duduk rumah hadap laptop/phone berjam-jam goyang kaki. bosan.

hal results akhir tahun, gembira sedih tu jadi satu. dapat nombor 3, ok lah syukur. setimpal dengan usaha aku. aku syak kalau aku usaha lebih lagi boleh dapat nombor satu dalam kelas. eh?

hari esok, disember datang. bulan terakhir dalam setiap tahun. sedih tu ada. sebab dan hanya sebab aku tak sedia lagi nak bergelar sebagai pelajar tingkatan 5. jangan berani nak panggil aku calon yespiyem selagi satu januari dua ribu tiga belas belum tiba ha ha ha (masih tak dapat terima kenyataan tahun depan aku ambik spm)

ahhhhhhh terima jugak lah. nah muka kerek. salam.



No comments:

Post a Comment